Set Bersalin Afiat

Hi, Assalamualaikum.

Ramai bakal ibu yang masih tercari cari set bersalin lengkap yang mampu milik. Lagi-lagi yang duduk di bandar, macam mana nak dapat akar kayu, nak berpantang cara kampung kan? So, ada few brands yang keluarkan set berpantang / bersalin.

Saya juga begitu, hari hari duduk scroll website/instagram/blog baca review set bersalin mana yang berbaloi lagi lagi untuk yang pertama kali nak menimang cahaya mata ni kan. Sepanjang pencarian saya, kalau kita beli loose items lagi mahal, tapi ada juga set yang kebanyakannya berharga RM200 dan ke atas.

Tiba tiba saya terjumpa review set bersalin Afiat yang kebanyakannya bagi feedback yang baik. Saya pun terus order straight dari official website Afiat sebab malas nak fikir kalau beli kat luar tiruan lah apa lah kan.

Pada hari ni saya genap 32minggu & 4 Hari, tapi dah siap siap order 🙊 Anda juga boleh buat begitu kot kot ada budget lebih bulan ni kan. Nantikan full review saya selepas saya habis berpantang.









Senarai kandungan 

Barut afiat. Ada herba dalam barut ni. Kecik je cukup tutup perut so kena pakai bengkung lain dekat luar untuk kesan maksima ye 

Pil Jamu Afiat sebiji sebiji 🤣


KHASIAT UBAT BERSALIN AFIAT

  • Membantu melancarkan proses bersalin
  • Membantu memulihkan tenaga setelah bersalin
  • Membantu memulihkan luka bersalin
  • Membantu menguat dan mengecutkan rahim
  • Membantu mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin
  • Membuang angin dan toksin dari dalam badan
  • Mengetat dan merapatkan otot-otot sekitar faraj yang kembang selepas bersalin
  • Mengembalikan seri wajah
  • Membantu meredakan tekanan dan kemurungan
  • Membentuk tubuh badan yang ramping

CARA PENGGUNAAN UBAT BERSALIN AFIAT

Minyak Afiat
  1. Urut pada bahagian yang dikehendaki
  2. Gunakan 2 kali sehari untuk hasil yang optima
  3. Untuk kegunaan luaran sahaja
Gel Mandian Serai Wangi
  1. Sapu dan ratakan Gel Mandian Serai Wangi pada seluruh tubuh
  2. Bilas sehingga bersih
  3. Gunakan setiap kali waktu mandi
Feminine Care (Pencuci Wanita)
  1. Basahkan bahagian intim
  2. Titiskan kandungan Feminin Care pada tapak tangan yang basah
  3. Usap dan gosok perlahan-lahan pada bahagian intim
  4. Bilas sehingga bersih
Bedak Hangat Afiat
  1. Gunakan selepas mandi pada waktu pagi dan petang
  2. Bancuh sedikit kandungan Bedak Hangat bersama air dan kacau hingga larut
  3. Sapukan pada seluruh tubuh
Pil Jamu Afiat
  1. Untuk kegunaan setelah bersalin
  2. Ambil 12 biji sehari (4 biji pada waktu pagi, petang dan malam)
Akar Kayu Periuk Afiat
  1. Rebus Akar Kayu Periuk bersama 200 ml air
  2. Minum segelas air rebusan tersebut
  3. Ambil 2 kali sehari, 20 hari selepas bersalin
Barut Afiat
  1. Sapukan Minyak Afiat pada bahagian perut
  2. Pakai Barut Afiat bermula dari bawah pusat
  3. Pakai bengkung bagi hasil yang optima
  4. Amalkan setiap hari sepanjang berpantang
Afiat Balm
  1. Sapukan pada pusat bayi bagi mengeringkan tali pusat
  2. Boleh disapu pada bahagian tubuh yang lain bagi mengekalkan kehalusan kulit
Makjun Bawang Putih
  1. Ambil selepas temph berpantang
  2. Ambil 2 biji setiap pagi dan malam
Tali Pembentan Afiat
  1. Pakai Tali Pembentan Afiat di pergelangan tangan kanan ibu


HARGA: RM105 (ada promosi sekarang cuma RM97)

Website: http://buyonline.afiat.com.my/index.php?act=viewProd&productId=19

Comments

Post a Comment