Posts

Set Bersalin Afiat

Image
Hi, Assalamualaikum. Ramai bakal ibu yang masih tercari cari set bersalin lengkap yang mampu milik. Lagi-lagi yang duduk di bandar, macam mana nak dapat akar kayu, nak berpantang cara kampung kan? So, ada few brands yang keluarkan set berpantang / bersalin. Saya juga begitu, hari hari duduk scroll website/instagram/blog baca review set bersalin mana yang berbaloi lagi lagi untuk yang pertama kali nak menimang cahaya mata ni kan. Sepanjang pencarian saya, kalau kita beli loose items lagi mahal, tapi ada juga set yang kebanyakannya berharga RM200 dan ke atas. Tiba tiba saya terjumpa review set bersalin Afiat yang kebanyakannya bagi feedback yang baik. Saya pun terus order straight dari official website Afiat sebab malas nak fikir kalau beli kat luar tiruan lah apa lah kan. Pada hari ni saya genap 32minggu & 4 Hari, tapi dah siap siap order 🙊 Anda juga boleh buat begitu kot kot ada budget lebih bulan ni kan. Nantikan full review saya selepas saya habis berpantang.